Home Nasional 1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMA

LABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Labuan yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Abidin Marjan berkata jumlah calon itu melibatkan calon sekolah harian kerajaan, sekolah swasta dan calon persendirian.

Katanya seorang calon SPM menjalani ujian peperiksaan di Hospital Labuan.

Tambah beliau terdapat 14 pusat peperiksaan di Labuan termasuk satu pusat peperiksaan di Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) dan satu pusat peperiksaan bagi calon persendirian di Bahagian Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Labuan.

Sementara itu Abidin berkesempatan menyantuni calon peperiksaan SPM di SMK Taman Perumahan Bedaun.

Selain itu Jabatan Pendidikan Labuan turut mengadakan Program Motivasi Pagi kepada calon SPM di sekolah berkenaan.

Program tersebut merupakan siri jelajah pihak jabatan menyantuni untuk bersama pelajar yang menduduki pemeriksaan.

Sesi motivasi disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Labuan Yahya Ahmad Puteh.

Dalam pada itu seramai 107 calon di sekolah itu menduduki peperiksaan SPM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....