Home Nasional 1,181 penduduk berlindung di empat PPS di Beaufort
Nasional

1,181 penduduk berlindung di empat PPS di Beaufort

1,181 penduduk berlindung di empat PPS di Beaufort

Antara penduduk di Beaufort yang diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara/Foto Facebook Datuk Ruslan Muharam

BEAUFORT, 9 Mac – Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Beaufort telah diaktifkan bagi menempatkan penduduk terjejas banjir sejak semalam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sabah, PPS yang dibuka melibatkan Dewan Bisaya, Dewan Prima, Dewan Selagon, dan Dewan DSP Dun Banir.

\”Seramai 1,181 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 365 ketua isi rumah kini ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

\”Pihak jabatan akan memastikan keperluan asas terus disalurkan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga,\” menurut hantaran itu melalui Facebook hari ini.

JKM turut menzahirkan harapan agar semua penduduk yang terjejas kekal tabah dalam menghadapi bencana ini.

Related Articles

Peranan wanita diperkasa: Pulau Pinang terus jadi peneraju
Nasional

Peranan wanita diperkasa: Pulau Pinang terus jadi peneraju

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow / Foto RTMGEORGETOWN, 9 Mac...

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Nasional

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu

Pendaki perlu jujur sekiranya menyedari terkena simptom akut gunung atau altitude mountain...

Bunuh, bakar ibu kandung, pengawal keselamatan didakwa
Nasional

Bunuh, bakar ibu kandung, pengawal keselamatan didakwa

Foto RTMALOR SETAR, 9 Mac-Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor...

Wanita maut, dirempuh bas ketika melintas
Nasional

Wanita maut, dirempuh bas ketika melintas

Foto RTMJOHOR BAHRU, 9 Mac – Seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun,...