Home Nasional 110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang
Nasional

110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang

110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang, Hasmiza Hussin

GEORGETOWN, 1 Ogos-Seramai 110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang esok.

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang, Hasmiza Hussin memaklumkan, konvoi yang dijadual bermula pukul 8.30 pagi itu melibatkan pelepasan 25 kenderaan dengan membawa Jalur Gemilang.

Jelajah berkenaan akan bermula dari SP Arena di Seberang Jaya sebelum berakhir di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, melibatkan jarak sejauh 25 kilometer.

\”Objektif kita untuk menyemarakkan dan menaikkan semangat patriotisme sambutan Hari Kebangsaan khususnya di Pulau Pinang di mana kita juga menaikkan semangat rakyat untuk mereka terlibat sama dengan memeriahkan Hari Kebangsaan”, katanya ketika menjadi tetamu di konti MUTIARAfm dalam program Bicara Prisma bagi mempromosikan Pelancaran Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Tambah Hamsmiza, peserta konvoi akan turut mengedarkan 200 Jalur Gemilang bersaiz mini kepada orang ramai di akhir program.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...