Home Nasional 1,094 graduan UCMI bukti kejayaan pendidikan asnaf MAIWP
Nasional

1,094 graduan UCMI bukti kejayaan pendidikan asnaf MAIWP

1,094 graduan UCMI bukti kejayaan pendidikan asnaf MAIWP

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Januari– Kejayaan 1,094 graduan Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UCMI) menamatkan pengajian masing-masing bukti komitmen Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membantu anak-anak golongan asnaf mendapat pendidikan yang berkualiti sekali gus dapat menaik taraf kehidupan keluarga.

Sebanyak RM25 juta telah disalurkan oleh Baitulmal MAIWP kepada siswazah yang berkelayakan untuk bantuan elaun sara diri, yuran pengajian asasi dan biasiswa MAIWP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia turut memperkukuh agenda memperkasa pendidikan asnaf, selain merealisasikan falsafah MAIWP iaitu \”Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat\”.

\”Melalui pendidikan MAIWP berusaha merealisasikan slogan \”Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat\”. Ini bukan sekadar slogan tapi realiti yang telah dicapai oleh ramai graduan UCMI.

\”Anak-anak asnaf ini belajar melalui pendidikan dan mengeluarkan keluarga mereka daripada kitaran kemiskinan kepada keadaan yang lebih selesa. Insya-Allah, mereka ini akan keluar sebagai pembayar-pembayar zakat,\” kata Dr Na\’im kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) di ibu negara.

Bagi penerima Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP, Siti Nur Syafiqah Badrul Hisham, beban kewangan bukanlah alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran, sebaliknya kemudahan dan bantuan yang diberi adalah peluang terbaik untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

\”Saya memang nak ubah nasib keluarga saya. Saya tahu saya bukan dari keluarga yang senang. MAIWP yang tanggung semuanya dari segi wang saku bulanan RM500 setiap bulan.

\”MAIWP bagi bantuan pek makanan percuma, bantuan pengangkutan. Janganlah jadikan beban kewangan itu alasan untuk tidak sambung belajar kerana adanya agensi seperti MAIWP, sangat menyediakan kemudahan untuk kita,\” kata Siti Nur Syafiqah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....