Home Nasional 101 penduduk terjejas banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik
Nasional

101 penduduk terjejas banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik

101 penduduk terjejas banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik

Foto: APM Perak

GERIK, 10 Ogos– Seramai 101 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku di daerah Hulu Perak, di sini.

Hujan lebat berterusan sejak petang Jumaat hingga larut malam telah menyebabkan tiga kampung dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka seawal 1.00 pagi pada Sabtu.

\”PPS di Hulu Perak melibatkan SK Basia Lama dan SMK Gerik menempatkan 64 orang daripada 21 keluarga dari Kampung Badaring dan Kampung Sira Panas manakala 37 orang daripada 16 keluarga dari Kampung Padang,\” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu terdapat satu lagi PPS dibuka di Hilir Perak akibat kejadian kebakaran yang membabitkan 22 orang daripada empat keluarga.

\”PPS di Hilir Perak iaitu Dewan MPTI Taman Desa Aman pula melibatkan kawasan yang terjejas terbakar di Lorong 9, Taman Muhibbah, Teluk Intan,\” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca di Perak dengan hampir semua daerah akan hujan pada sebelah petang dan malam hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....