Home Nasional 100 penduduk Parlimen Padang Besar terima bantuan Deepavali
Nasional

100 penduduk Parlimen Padang Besar terima bantuan Deepavali

100 penduduk Parlimen Padang Besar terima bantuan Deepavali

Ruzaini Rais (tiga dari kiri) bersama sebahagian penduduk Parlimen Padang Besar

PERLIS, 30 Oktober – 100 penduduk di Parlimen Padang Besar lebih menerima sumbangan barangan keperluan asas sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada Khamis.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais berkata, sumbangan ini adalah bagi membantu golongan memerlukan terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.

\”Program sumbangan ini dilaksanakan saban tahun bagi membantu penerima dalam persiapan menyambut Deepavali selain menzahirkan tanda keperihatinan dan berkongsi rezeki dalam suasana penuh harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.

\”Deepavali bukan hanya sekadar perayaan keagamaan yang disambut satu kaum semata-mata, tetapi dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum ini sama-sama meraikan sebagai satu keluarga,\” katanya semasa menyantuni masyarakat India bagi Parlimen Padang Besar di Beseri.

Beliau juga berharap program kebajikan yang dilaksanakan dapat memberi sinar kegembiraan dan diraikan penuh bermakna menerusi amalan kunjung-mengunjung.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....