Home Nasional 100 pelajar Parlimen Tambun terima bantuan daripada PM
Nasional

100 pelajar Parlimen Tambun terima bantuan daripada PM

100 pelajar Parlimen Tambun terima bantuan daripada PM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- 100 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di Parlimen Tambun berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara menerima sumbangan berjumlah RM50,000.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Munim berkata, setiap pelajar itu menerima RM500.

\”Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup keluarga pelajar yang dibantu agar mereka turut mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain,\” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sumbangan itu diharap mampu memberi suntikan motivasi pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

\”Perdana Menteri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited untuk membantu golongan pelajar menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan aspek pembangunan program, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di negara ini,\” katanya.

Muhammad Kamil berkata inisiatif berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan dan memfokuskan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...