Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan(Livevartha) — Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini dalam kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan faktor hujan, kata peniaga.
Katanyasentimen pasaran turut dipengaruhi oleh langkah China untuk merangsang ekonominya dan unjuran positif getah asli oleh Persatuan NegaraPengeluar Getah Asli (ANRPC).
“Agensi meteorologi Thailand terus mengeluarkan amaran hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat dan limpahan air di Thailand bermula 27 hingga 28 Jan2025,” katanya kepada Livevartha.
Merujuk laporan statistik getah asli pada Disember 2024 oleh ANRPC, katanyapengeluaran getah asli global tahun lepas dianggarkan meningkat 2.8 peratus kepada14.29 juta tan manakala permintaan getah asli global bagi 2024 dijangka melonjak 1.8 peratus kepada 15.45 juta tan.
Sementara itu, katanyapengumuman China mengenai rancangannya untuk menyalurkan ratusan bilion yuan setiap tahun dalam sahamsyarikat insurans milik negara sejajar dengan langkah Beijing untuk menyokongpasaran saham.
Beliau berkata Chinajuga akan memberikan layanan sama kepada institusi kewangan asing seperti yang dinikmati syarikat tempatan dalam menawarkan jenis perkhidmatan kewangan baharu yang belum didapati di negara itu dalam zon perdagangan bebas tertentu.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, harga SMR 20 meningkat 13 sen kepada 899.5sen sekilogrammanakala lateks pukal turun satu sen kepada679 sen sekilogram.
— Livevartha