Home Pasaran Sentimen Lemah Di Peringkat Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Pasaran

Sentimen Lemah Di Peringkat Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Sentimen Lemah Di Peringkat Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Livevartha)– Sentimen lemah dalam pasaran saham global memberi tekanan kepada Bursa Malaysia untuk dibuka rendah pada Isnindan pasaran dijangka diniagakan dalam berhati-hati sepanjang hari, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.57 mata kepada 1,644.55 daripada 1,653.12 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 5.92 mata kepada 1,647.20.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 487 berbanding 90, dengan 256 kaunter tidak berubah, 2,454 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 471.43 juta unit bernilai RM519.71 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas, dengan Dow Jones Industrial Index merosot 410 mata manakala Nasdaq susut 437 mata dengan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) berkurangan kepada 3.716 peratus berikutan data ekonomi bercampur-campur yang dikeluarkan minggu lepas.

“Peniaga dijangka dalam sentimen berhati-hati, menilai impak terhadap pasaran saham. Selain itu, siasatanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap YTL Communications Sdn Bhdmembabitkan tender perkhidmatan1BestariNet bernilai RM4.07 bilion terus menjejaskan sentimen tempatan,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, katanya 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang mula disenaraikan hari ini dijangka memberi elemen positif kepada bursa tempatan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...