Home Pasaran Sentimen Di Bursa Malaysia Dijangka Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Sentimen Di Bursa Malaysia Dijangka Berhati-hati Minggu Depan

Sentimen Di Bursa Malaysia Dijangka Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 April(Livevartha) –Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depandengan jangkaan tekanan jualanberkurangan ketikapara pelabur mula mencernakesan tarif Amerika Syarikat (AS).

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, peluang membeli dijangka muncul, terutamanya bagi saham mewah yang asasnya kukuh dengan hasil dividenmenarik untuk melindung nilai daripada kelemahan pasaran ketika ini.

Selain itu, katanya,tarif AS ke atas Malaysiaagak rendah berbanding negara serantau lain.

"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran1,500-1,530 minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jajaran1,500-1,490 boleh diuji dan ini boleh menjejaskansentimen.

"Jika paras 1,500 tidak mampu bertahan kita boleh menjangkakan momentum akan menurun.Buat masa ini, saya menjangkakan jajaran minggu depanantara 1,490 dan 1,515, dengan risiko menurun melainkan terdapatpemangkin yang jelas seperti penarikan balik tarif ataukelonggaran kadar bank pusat yang diselaraskan,” katanya kepada Livevartha.

Pada minggu dagangan singkat ini berikutan cuti umum sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Isnin dan Selasa,Bursa Malaysia didagangkan rendah disebabkan terutamanya pengumuman tarif timbalbalik menyeluruh Presiden AS Donald Trump ke atas hampir seluruh negara di dunia termasuk Malaysia pada 24 peratus.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, indeks utama susut 9.51 mata kepada 1,504.14 daripada paras 1,513.65 pada seminggu sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...