Home Pasaran Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat.

Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko kekal ketara dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan penurunan.

Katanya indeks petunjuk pasaran merosot lebih satu peratusmanakala harga bon Perbendaharaan AS meningkat, menunjukkan peniaga dan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat di sebalik situasi tidak menentu daripada perang perdagangan.

“Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.22 peratus kepada 103.841, didorong oleh ketidaktentuan yang ketara terhadap prospek pertumbuhan global pada tahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS mencatatkan kadar yang lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.3 peratus.

Katanya ini membuka ruang kepada Rizab Persekutuan (Fed) untuk memberi petunjuk terhadap pendekatan dasar monetari yang berhati-hatiminggu depan apabila ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bersidang pada 19 Mac.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat berikutan peserta pasaran beralih kepada mata wang selamat, terutamanya dolar AS.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...