Home Pasaran Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.

Pada jam 8 pagi ini, ringgit turun ke paras4.4500/4730 berbanding dolar AS daripada 4.4375/4420 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan di AS menyaksikanpentadbiran PresidenDonald Trump akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium dari semua negara.

“Langkah itu boleh meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran mata wangdengan dolar AS berkemungkinan kekal mendapat permintaan tinggi," katanya kepada Livevartha.

Selain itu, data Gaji Bukan Perladangan(NFP) pula lebih rendah daripada jangkaan kepada 143,000 pada Januari 2025 berbanding anggaran ramai atau konsensussebanyak 170,000.

Bagaimanapun, NFP Disember 2024 telah disemak semula daripada 256,000 kepada 307,000 manakala kadar pengangguran merosot kepada 4.0 peratus pada Januari 2025 daripada 4.1 peratus pada bulan sebelumnya yang memaparkan pasaran tenaga kerja AS masih berdaya tahan.

Di peringkat tempatan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali berbanding yen Jepun yang susut kepada 2.903/9457 daripada 2.9217/9249.

Ringgit mengukuhberbanding euro kepada 4.5884/6121 daripada 4.6101/6148 sebelum ini dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5140/5425 daripada 5.5278/5334.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...