Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk utama FBM KLCI ditutup dalam wilayah positif ketika pelabur terus giat memburu saham mewah susulan aktiviti penjualan baru-baru ini.
Pada jam 5 petang ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik0.36peratus atau5.74 mata kepada 1,590.91 daripada paras 1,585.17 pada akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama yang dibuka 1.55 mata lebih rendah pada1,583.62, bergerak dalam julat 1,582.92hingga 1,591.49 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 642 berbanding 369 manakala478 kaunter tidak berubah, 828 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan kekal pada2.93 bilion unit namun nilainya meningkat kepadaRM2.22bilion berbanding 2.93 bilion unit bernilaiRM2.10bilion, semalam.
Mengulas pasaran serantau, Thong berkata prestasi pasaran itu bercampur-campur susulan petunjuk semalaman Wall Street.