Wednesday , 16 April 2025
Home Pasaran Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat
Pasaran

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh di bawah paras 100 mata, perkembangan yang disifatkan sebagai mengelirukan berdasarkan kecenderungan mengelak risiko yang meningkatberikutan ketidaktentuan mengenai perdagangan dan tarif.

Katanya walaupun Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan penangguhan tarif terhadap telefon pintar dan komputer pada hujung minggu, sentimen pasaran kekal tidak stabil.

“Data AS, terutamanya Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan, merosot kepada 50.8 mata pada April, menunjukkan pengguna dijangka terus berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.

“Sehubungan itu, kami berpendapat dolar-ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil walaupun dengan sedikit kecenderungan positif berikutan DXY merosot dengan agak ketara,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada3.0761/0822 daripada 3.0952/1000, meningkat berbanding euro kepada 5.0123/0220 daripada 5.0207/0281 dan naik berbanding pound kepada 5.7820/7932 daripada 5.7849/7934.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha)–Bursa Malaysia menyaksikan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu...

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Ringgit memulakan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Sentimen Positif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha) — Bursa...