Home Pasaran Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar As Ketika Dibuka
Pasaran

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar As Ketika Dibuka

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar As Ketika Dibuka

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Livevartha) — Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yangtinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3470/3505 berbanding dolar AS, paras yang sama ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden Fed San Francisco Mary Daly memberikan bayangan bahawa pengurangan kadar faedah sebanyak suku mata kemungkinan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada 17 hingga 18 September depan.

“Trajektori ringgit kekal positif memandangkan status quo dasar monetari Malaysiadijangka kekal, dan inimenunjukkan perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed AS dan Kadar Dasar Semalaman Malaysia mungkin mengecil dalam beberapa bulan akan datang.

“Pada masasama, aktiviti pengambilan untung dijangkakan berlaku kerana pelaburmungkin mahu memanfaatkan sebahagian keuntungan daripada kenaikan itu,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata sehubungan itu, ringgit diunjurkan bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.3000 dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0073/0099 daripada 3.0188/0214 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding euro kepada 4.8526/8565 daripada 4.8565/8604.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...