Home Pasaran Ringgit Terus Menokok, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Menokok, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Menokok, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah di AS dalam keadaan data tempatan yang semakin baik, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit optimis di tengah-tengah jangkaan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik bagi suku kedua 2024 yang akan diumumkan Jumaat ini.

Mengenai Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS, Mohd Afzanizam berkata ia lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 2.2 peratus pada Julai berbanding anggaran konsensus 2.3 peratus dan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, IHPR teras turut menyusut kepada 2.4 peratus daripada 3.0 peratus sebelumnya.

“Keadaan sedemikian menunjukkan trend disinflasi sedang berlaku dan tidak lama lagi, inflasi akan mencapai sasaran dasar Rizab Persekutuan sebanyak 2.0 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.50 peratus kepada 102.624 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun masing-masing turun sembilan dan enam mata asas kepada 3.93 peratus dan 3.84 peratus, katanya.

Mohd Afzanizam berkata, justeru, ringgit berbanding dolar AS boleh bergerak menuju paras sokongan RM4.40.

Related Articles

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 24 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun

David Ng Dr Sathia Varqa Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 24 Mac (Livevartha) — Bursa...

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mac(Livevartha) — Ringgit mengakhiri...