Monday , 24 February 2025
Home Pasaran Ringgit Terus Ditutup Lemah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Lemah Berbanding Dolar US

Ringgit Terus Ditutup Lemah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Livevartha) –Ringgit ditutup lemah berbanding dolar US pada penutup hari ini berikutan sentimen pasaran yang agak berwaspada menjelang perasmian Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.5040/5085 berbanding dolar US daripada 4.5005/5050 semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata pasaran kini berada dalam keadaan berhati-hati, mengurangkan kedudukan menjelang perlantikan presiden AS, dengan banyak jangkaan tentang potensi kesan sekiranya Trump memilih untuk mengenakan spektrum penuh tarif ke atas China.

“Minggu ini, perdebatan dalaman dalam pentadbiran Trump antara kumpulan perdagangan tegar dan sederhana telah menonjolkan perbedaanyang ketara, menambah lapisan ketidaktentuan yang amat signifikan bagi forex Asiatermasuk ringgit. Ringgit didagangkan sedikit tidak bermaya sebelum penutupan, tetapi tiada apa yang kritikal,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding euro kepada 4.6382/6429 daripada 4.6283/6329, susut berbanding pound Britain kepada 5.4953/5008 daripada 5.4888/4943dan menurun berbanding yen Jepun kepada 2.8918/8949 daripada 2.8914/8945.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia kurang bermaya berbanding baht Thailand kepada 13.0664/0856 daripada 2.9941/13.0127 dan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia pada 274.9/275.3 daripada 274.7/275.2 yang disaksikan pada Khamis.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Ringgit mengukuh...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...