Home Pasaran Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Livevartha) –Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal positifwalaupun sebahagian peniaga mungkin mengambil peluang untuk menyimpan keuntungan berikutan kenaikannya baru-baru ini.

Di peringkat global, katanya terdapat petunjuk ekonomi yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat (AS).

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama sederhana kepada 2.2 peratus pada Ogos manakala PCE teras kekal stabil pada 2.7 peratus.

Walaupun sedemikian, Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan strategi pelonggaran dasar monetarinya pada November dan Disember.

“Oleh itu, tumpuan pada minggu ini adalah kepada data AS, termasuk Indeks ISM untuk sektor pembuatan dan perkhidmatanserta beberapa petunjuk utama pasaran buruh seperti Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS), perubahan pekerjaan ADP dan senarai gaji bukan ladang(NFP),”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata paras sokongan segera untuk ringgit adalah pada RM4.0728 dengan mata wang tersebut berpotensi bergerak ke arah paras tersebut.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...