Home Pasaran Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan
Pasaran

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Livevartha)– Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1305/1375 berbanding dolar AS selepas meningkat kepada 4.1275/1310 semalam.

Dari aspek teknikal, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan telah dibeli secara berlebihan untuk suatu tempoh.

“Kami melihat terdapat aktiviti pengambilan untung berikutan peniaga mungkin ingin mengambil keuntungan berdasarkan peningkatan nilai ringgit yang ketara,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkatapelabur turut memantau perkembangan ekonomi China.

Beliau berkatanegara tersebut menjadi tumpuan berikutan pihak berkuasa monetarinya telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan kos pinjaman, menambah kecairandan menggiatkan semulapasaran perumahan.

“Walaupun masih belum dapat dilihat sejauh mana keberkesanan langkah-langkah ini dalam meningkatkan pertumbuhan, skala besar pelaksanaannya mencerminkan kesediaandan keazaman pihak berkuasa untuk memulihkan pertumbuhan kepada paras lima peratus.

“Ini akan memberi impak positif kepada ringgit berdasarkan China adalah rakan dagang utama dan pihak berkuasa negara itu menunjukkan kemampuandalam menyokong pertumbuhan,” katanya.

Ringgit mencatatkan prestasi yang baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...