Home Pasaran Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Unjuran Pertumbuhan KDNK Lebih Rendah
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Unjuran Pertumbuhan KDNK Lebih Rendah

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Unjuran Pertumbuhan KDNK Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Livevartha) –Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada penutupdagangan hari ini susulan pengumuman unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025 yang lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosotberbanding dolar AS kepada 4.4100/4175 daripada4.4050/4095 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran awal KDNK oleh Jabatan Perangkaan Malaysiamenunjukkan ekonomi negara berkembang pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan iaitu 4.4 peratus bagi suku pertama 2025.

"Unjuran yang lebih rendah ini menunjukkan risiko penurunan meningkat terhadap pertumbuhan ekonomiterutamanya bagiseparuh kedua tahun ini disebabkan oleh jangkaan tarif yang dikenakan oleh AS," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Presiden ASDonald Trumpjuga memberi bayangan iaitu berasa keberatan untuk terus menaikkan tarif terhadap China kerana ia mungkin menjejaskan perdagangan di antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, masih belum dapat dipastikan sama ada kenyataan Trump sedemikian akan memberi kesan yang ketara terhadap sentimen pasaran berikutanketidakselarasandasar yang berlaku.

"Dagangan dolar AS-ringgit berada pada paras RM4.41 manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal berada di bawah paras 100 mata," katanya.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innesberkata mata wang tempatan diniagakan lebih rendah hari ini danketinggalan berbanding negara-negara Asia lain susulan senario kenaikan tarif melibatkan China minggu lepas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...