Home Pasaran Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitankadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

Perkembangan itu mendorong peniaga dan pelabur untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati di pasaran.

Susulan itu, pada8.05 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4900/5100 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur meningkat kepada 103.26 mata berikutan permintaan terhadap dolar yang dilihat sebagai aset selamat, terus meningkat.

“Ringgit turun 1.04 peratus berbanding Dolar AS semalam untuk ditutup pada RM4.4835," katanya kepada Livevartha.

Dari sudut teknikal, katanya, ringgit menuju ke arah kedudukan lebihan jualan dengan paras sokongan dan rintangan masing-masing padaRM4.4463 dan RM4.5293.

“Ringgit juga berkemungkinan terus berada dalam zon kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini susulan kebimbangan terhadap tarif timbal balas AS dan sama ada negara-negara terbabit dapat mencapai persetujuan lebih baik dengan Washington.

“Ketidaktentuan sedemikian akan menjadikan peniaga dan pelabur berhati-hati," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...