Home Pasaran Ringgit Rendah Berbanding Dolar As Berikutan Ketidaktentuan Global Meningkat
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar As Berikutan Ketidaktentuan Global Meningkat

Ringgit Rendah Berbanding Dolar As Berikutan Ketidaktentuan Global Meningkat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Livevartha) –Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan peniaga terus menganalisis potensi impak terhadap ekonomi secara keseluruhan berikutan Presiden ASyang baharu akan dilantik pada Januari tahun depan.

“Terdapat juga kekecewaan terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China yang diumumkan minggu lepas berikutankekurangan butiran untuk meningkatkan permintaan domestik,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata dari aspek teknikal, ringgit telah berada dalam kedudukan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunannya adalah terhad.

“Bagaimanapun, berdasarkan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati, permintaan terhadap dolar AS akan berterusan dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.007,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6628/6815 daripada 5.6943/7255 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.6977/7132 daripada 4.7347/7606 sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...