Home Pasaran Ringgit Pulih Selepas Penangguhan Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Pulih Selepas Penangguhan Tarif 90 Hari

Ringgit Pulih Selepas Penangguhan Tarif 90 Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) –Ringgit ditutuplebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trumpmengenai penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4670/4730 berbanding dolar AS, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.58 peratus daripada4.4935/4990 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penangguhan tersebutmeningkatkan sentimen pasaran dan membuka jalan bagi negara-negara untuk berunding dengan kerajaan AS danmungkinmencapai hasil yang lebih baik.

"Hal itumenyumbang kepada pemulihan dalam aset berisiko di pasaran saham dan mata wang," katanya kepada Livevartha.

Dilaporkansepanjang tempoh penangguhan 90 hari berkenaan, tarif akan kembali kepada kadar asas sebanyak 10 peratus walaupun rundingan dengan AS terus berlangsung.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama hari ini.

Ringgit melonjakberbanding yen Jepun kepada 3.0594/0639 daripada 3.0921/0964, menokokberbanding euro kepada 4.9401/9467 daripada 4.9640/9700 dan naik berbanding pound Britainkepada 5.7566/7644 daripada 5.7629/7700 semalam.

Mata wangtempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...