Home Pasaran Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal
Pasaran

Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal

Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal

Oleh S Kisho Kumari

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Livevartha)– Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Sehubungan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata senario sedemikian akan menyaksikan firma dan isi rumah cenderung mengurangkan perbelanjaan yang hanya memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Menurutnya, beberapa bank pelaburan utama di AS turut mempertimbangkemungkinan berlakunya kemelesetan AS susulan pelaksanaan tarif berkenaan.

Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

“Apa lebih penting adalah penilaian terkini jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi global serta kecenderungan mereka mengenai prospek untuk 2025," katanya kepada Livevartha.

Bersandarkan kepada perkembangan semasa, beliau berkataUSD/MYR mungkin bergerak ke arah paras sokongan semasa iaitu 4.37.

Selain itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, termasuk susutberbanding yen Jepun kepada 2.9619/9722 daripada 2.9614/9647.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...