Home Pasaran Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi September yang lebih tinggi iaitu pada 2.4 peratus berbanding jangkaan menunjukkan kadar inflasi kekal lekit.

Inflasi lekit merupakan satu fenomena apabila harga tidak menyesuai secara cepat dengan perubahan penawaran dan permintaan, sekali gus menyebabkan inflasi berterusan.

Beliau berkata namun begitu, peningkatan tuntutan pengangguran awal kepada paras tertinggi tahun ini iaitu 258,000 pada minggu lepas menunjukkan tanda-tanda pasaran buruh yang semakin lemah.

“Data yang bercampur-campur di AS telah menyebabkan dolarmenjadi lebih lemah, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.18 peratus kepada 102.806 mata,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, pada penutupan dagangan, ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.6886/6935 daripada 4.6918/6951 semalam, dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8780/8812 daripada 2.8820/8842.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...