Home Pasaran Ringgit Meningkat Selepas Minit Mesyuarat Fed Menunjukkan Penurunan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Selepas Minit Mesyuarat Fed Menunjukkan Penurunan Kadar Faedah AS

Ringgit Meningkat Selepas Minit Mesyuarat Fed Menunjukkan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Nov(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS rendah berdasarkan minit mesyuarat Fed pada 6 hingga 7 November lepas dengan para pegawai Fed melihat lebih banyak penurunan kadar faedah pada masa depanwalaupun secara berperingkat.

Minit mesyuarat itu mendedahkan para pegawai Fed mempertimbangkan perubahan kadar faedah dengan berhati-hati, lebih cenderung kepada pelarasan secara berperingkat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko kenaikan yang mendadak untuk kadar pengangguran.

“Ringgit meningkat semula selepas situasi tidak menentu disebabkan ancaman tarif oleh bakal Presiden AS Donald Trump semalam.

“Kestabilan ini diperkukuhkan lagi oleh pasaran bon AS yang tenang, meyakinkan pelabur global bahawa kenyataan Trump mengenai tarif kemungkinan merupakan amaran strategik yang ditujukan kepada negaratertentu,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.5962/6044 daripada 5.6021/6071 dan naik berbanding euro kepada 4.6691/6759 daripada 4.6824/6866 semalam.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka rendah...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Gambar fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Mei(Livevartha) –Pasaran...

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China
Pasaran

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) –Pasaran getah...

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...