Home Pasaran Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur
Pasaran

Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur

Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Perkembangan itu berlaku ketika pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan besar meneruskan dasar pengurangan kadar faedah utama dengan hasil bon menyusut susulan ketidaktentuan berkaitan tarif.

Pada8 pagi ini, ringgitmeningkat kepada 4.4255/4340 daripada 4260/4305 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan terus memberi tumpuan terhadap penilaian dasar ekonomi ASmanakala perhatian terarah kepadadata inflasi Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang menjadipengukur inflasi oleh pihak Fed.

Beliau berkata ketidaktentuan berkaitan tarif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump dijangka mendominasi sentimen pasaran dengan perkembangan terbaharu menunjukkan pemimpin AS itu akan mengenakan tarif ke atas Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, tempoh akhir bagi penangguhan selama sebulan itu masih belum pasti ketika Trump menyebut 2 April sebagai tarikh akhir itu.

“Di pasaran bon, notaPerbendaharaantujuh tahun AS meraih hasil lebih rendah pada 4.194 peratus berbanding 4.457 peratus dalam lelongan sebelumnya, sekali gus memberi isyarat peningkatan prospek bagi persekitaran kadar faedah yang lebih rendah.

“Indeks Dolar AS (DXY) pula meningkat 0.16 peratus kepada 106.477 mata," katanya.

Kedua-dua PCE utama dan teras pula dijangka menyederhana kepada 2.5 peratus (Disember 2024: 2.6 peratus) dan 2.6 peratus (Disember 2024: 2.8 peratus) pada Januari berdasarkan anggaran konsensus.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...