KUALA LUMPUR, 20 Feb(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh keparas tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu kepada 4.4270/4320 daripada 4.4410/4450 pada Rabu.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihatperkembangan ini sebagai petanda AS tidak cenderung menaikkan kadar dan berpandangan Presiden Donald Trump mungkin mengambil pendekatan kurang agresif dalam hubungan perdagangan dengan China.
“Ringgit melepasi paras sokongan segeranya hari ini. Ini sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 106.923 mata.
“Mata wang lain juga meningkat berbanding dolar AS, walaupun Rizab Persekutuan (Fed) membayangkanakan mengekalkan kadar faedah yang stabil,” katanya.
Menerusi minit mesyuarat yang dikeluarkanmenunjukkan Fed tidak yakininflasi akan bergerak secara mampan ke arah sasaran dua peratusnya walaupun pasaran buruh hampir mencapai guna tenaga penuh.
Sehubungan itu,pasaran kewangan kini mengunjurkan penurunan hanya satu mata berbanding dua mata sebelum ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbandingeuro kepada4.6196/6248 daripada4.6306/6348, naik berbanding pound Britain kepada 5.5833/5896 daripada5.5965/6016 namun lemah berbanding yen Jepun kepada 2.9454/9490 daripada2.9277/9305 sebelumnya.