Home Pasaran Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh Ketika Ditutup
Pasaran

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh Ketika Ditutup

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh Ketika Ditutup

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR,26 Ogos(Livevartha) –Ringgit meneruskan aliran meningkat sebelum ditutup kukuh pada Isnin, melonjak 250 mata asas kepada paras tinggi baharu susulan jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada4.3470/3505 berbanding dolar AS daripada4.3720/3775 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Terdahulu pada pagi ini, mata wang tempatan mencecah hampir paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan apabila naikkepada 4.3515/3700 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata dolar AS telah mengalami penyusutan nilai, dipengaruhi oleh prospek kadar faedah yang lebih rendah di AS.

“Pada masa ini, pasangan USD/MYR dilihat menuju keparas sokongan serta-merta RM4.3000,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, ringgit tinggi kebanyakannya berbanding beberapamata wang utama.

Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.0188/0214 daripada 2.9914/9956 ketika ditutup pada Jumaat lepas, namunmeningkat berbanding euro kepada 4.8565/8604 daripada 4.8604/8665.

Ringgit lebih stabil berbanding pound Britishkepada 5.7324/7370 daripada 5.7391/7463.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...