Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini, menjelang pengumuman minit mesyuarat September, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) malam ini, yang akan menawarkan kejelasan mengenai trajektori pemotongan kadar faedahnya.

Pada6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2800/2830 berbanding dolar US daripada 4.2850/2895.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata titik data seterusnya yang perlu diperhatikan ialah indeks harga pengguna (IHP) AS esok, yang dijangka menyederhana kepada 2.3 peratus pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.5 peratus. "Sementara itu, peniaga dan pelabur dijangka kekal berhati-hati apabila Fed mempertimbangkan pendekatan pelonggaran monetarinya,"beliau memberitahu Livevartha.

Pada penutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.6939/6972 daripada 4.7079/7129, lebih baik berbanding yen Jepun pada 2.8792/8815 daripada 2.8988/9022 dan menokok berbanding pound British kepada 5.6012/6052 daripada 5.6108/6167.

Ringgitmencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.2822/2848 daripada 3.2876/2913 yang disaksikan pada Rabu dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.52 daripada 7.53/7.54.

Ia lebih lemah berbanding baht Thailand pada 12.8010/8157 daripada 12.7933/8129 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 273.8/274.1 daripada 273.6/27 274.1.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...