Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Perdagangan Global
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Perdagangan Global

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 April (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan unit negara maju itu di tengah-tengah ketegangan perdagangan global, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4050/4095 berbanding dolar AS daripada 4.4085/4135 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) masih menunjukkan ketidaktentuan berikutan lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara-negara ASEAN minggu ini.

“Kelemahan dolar AS agak mengejutkan memandangkan mata wang itu, yang dianggap sebagai mata wang selamat lazimnya akan mengukuh ketika ketidaktentuan meningkat.

“Kedaan dinamik sedemikian akan menyukarkan peniaga dan pelabur untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini,” katanya kepada Livevartha.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes pula berkata peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap ringgit hari ini.

Menurutnya dolar AS mula memperlihatkan sedikit pengukuhan semalaman, disokong oleh minat baharu terhadap bon selamat AS sekali gus menjadi isyarat awal keteguhan pasaran bon selepas mengalami naik turun selama berminggu-minggu.

“Selain itu, prestasi positif ini dikaitkan dengan sentimen kecenderungan menaikkan kadar faedah yang tidak dijangkakan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell, yang mendorong hasil lebih tinggi dan memberi sokongan sederhana kepada dolar AS,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...