Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Bagi Hari Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Mac(Livevartha) –Ringgit terus ditutuptinggi berbanding dolar AS bagihari ketiga berturut-turut hari ini apabilastatus mata wang selamat dolar AS semakin melemah, kata seorang penganalisis.

Kelemahan dolar itu, katanya, disebabkan olehdata ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang perlahan, ketidaktentuan tarif dan penggubalan dasar yang tidak menentu yang mendorong para peniaga beralih kepada mata wang lain.

Pada6 petang, unit tempatanmeningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 padaRabu.

Rakan pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata buat masa ini dolar AS kekal berada dalam keadaan lemah.

"Melainkan ekonomi AS mengalami lonjakan tidak dijangka yang menggegarkanpasaran, paras rintangan dijangka terus rendah dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada Livevartha.

Innes berkata, penjualan besar-besaran dolar AS memberi rangsangan kepadaseluruh pasaran pertukaran asingAsia, dengan ringgit terus mencatatkan kenaikan.

“Ketika para peniaga mengurangkan pegangan jangka panjang dolar, mata wang serantau terus mengukuh,” katanya.

Mengenai keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada3.00 peratus, Innes berkata ia jelas menunjukkan satulangkah berhemat.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...