Tuesday , 25 February 2025
Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Livevartha) — Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah membantu ringgit mengakhiri penurunan berterusan terhadap dolar AS.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4870/4925 berbanding dolar AS daripada 4.5055/5100 semasa ditutup Jumaat lepas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mendapat sokongan daripada kenaikan harga gas asli dan minyak, yang pada akhirnya membolehkan ringgit ditutup lebih tinggi hari ini.

Menurutnya ringgit lazimnya lebih kukuh apabila harga minyak mentah meningkat.

Mata wang tempatan menyusut selama dua minggu berbanding dolar AS sebelum mencatat prestasi lebih tinggi hari ini.

"Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan positif, didorong oleh data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan pada Jumaat, menyebabkan hasil bon AS 10 tahun merosot.

“Bagaimanapun, pada akhir dagangan hari ini, dolar AS kembali mengukuh sedikit, dipengaruhi oleh ancaman tarif AS yang berterusan," kata Innes kepada Livevartha.

Inflasi di AS, yang diukur menerusi Indeks Harga PCE, meningkat 2.4 peratus pada asas tahunan pada November, lebih rendah daripada unjuran peningkatan 2.5 peratus.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Ringgit mengukuh...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...