Home Pasaran Ringgit Ditutup Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat MPC
Pasaran

Ringgit Ditutup Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat MPC

Ringgit Ditutup Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat MPC

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Livevartha)– Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hatimenjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada 8 Mei ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada4.2285/2360 berbanding dolar AS daripada paras 4.1990/2035 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat MPC itu akan menjadi tumpuan ramai peniaga.

“Sehubungan itu, BNM berkemungkinan menurunkan kadar dasar semalaman sebagai langkah awal untuk merangsang pertumbuhan,” katanya kepada Livevartha.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata kalangan peniaga akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS selama dua hari yang bermula pada 6 Mei, 2025.

“Pengukuhan ketara ringgit berbanding dolar AS (sebelum ini) berkemungkinan telah menyebabkan segelintir peniaga dan pelabur mengambil untung masing-masing.

“Indeks Dolar AS (DXY) juga terus berada di bawah paras 100 mata iaitu dalam julat99.583 mata ketika ini,” katanya.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.9502/9556 daripada 2.9192/9225.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...