Home Pasaran Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2795/2870 berbanding dolar AS daripada 4.2840/2910 semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit kekal sebahagian besarnya dalam zon neutral.

“Sementara itu, sentimen serantau secara keseluruhannya kelihatan cenderung kepada mata wang negara Asia yang lebih kukuh, walaupun pasaran tempatan masih belum menunjukkan hala tuju yang jelas,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata won Korea mencatatkan lonjakan ketara, didorong oleh spekulasi bahawa pengukuhan mata wang itu — dan seterusnya, penyusutan dolar AS — mungkin berkait dengan perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung antara AS dan Korea Selatan.

“Walaupun belum ada pengesahan rasmi namun, para peserta pasaran semakin banyak berspekulasi bahawa AS mungkin secara senyap membenarkan mata wangnya mengalami penurunan berbanding mata wang negara Asia,” katanya.

Innes berkata bagaimanapun, ringgit menunjukkan reaksi yang terhad terhadap perkembangan itu.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...