Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Sentimen Berhati-hati

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR,3Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan penurunan apabiladitutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati dan permintaan yang hambar, kata penganalisis.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3675/3705 berbanding dolar AS, daripada 4.3550/3600 ketika ditutup semalam.

Ketua AhliEkonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata ringgit juga rendahberbanding beberapa mata wang utama lain memandangkan pelaburmungkin mengambil keuntungan susulankenaikan minggu lepas apabila unit tempatanmelonjak sebanyak 1.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS.

Beliau berkatapasaran kini menumpukan data AS yang akan dikeluarkan malam ini, termasuk Indeks ISM bagi Ogos, untuk menilai kemungkinan pengurangan kadar faedah AS yang telah dijangkakan.

“Pasaran dilihattelah memutuskan bahawa pengurangan kadar faedah akan berlaku pada bulan ini.

“Bagaimanapun, sekiranya data menunjukkan kekukuhan yang tidak konsisten,ini mungkin mendorong dolar AS meningkat,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, ringgit turunberbanding yen Jepun kepada 2.9921/9943 daripada 2.9688/9725 padaIsnin, dan susutberbanding euro kepada 4.8208/8242 daripada 4.8197/8252.

Ringgit rendah berbanding pound Britishkepada 5.7267/7306 daripada 5.7203/7269.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...