Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung, Ketidakpastian Dasar
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung, Ketidakpastian Dasar

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung, Ketidakpastian Dasar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Jan(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ekoran tekanan daripada pengambilan untung susulan kenaikan semalam serta ketidakpastian berterusan mengenai dasar Presiden AS, Donald Trump.

Pada pukul 6 petang ringgit susut kepada 4.4420/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4340/4400 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasangan USD/RM berada pada RM4.4378 ketika awal dagangan namun beransur-ansur turun kepada RM4.4493 pada sebelah petang.

Beliau berkata pergerakan itu dipengaruhi oleh pengambilan untung susulan kenaikan ketara ringgit baru-baru ini, ditambah dengan ketidakpastian berterusan mengenai dasar Trump.

Trump dijadual menyampaikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, Davos, Switzerland malam ini (waktu Malaysia), yang dijangka diikuti rapat oleh pelabur untuk memahami pendirian beliau yang cenderung kepada dasar perlindungan.

“Setakat ini, pendekatan beliau agak sederhana dan berhati-hati. Perubahan mendadak boleh mendorong peniaga dan pelabur mencari mata wang selamat,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, ringgit tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit domestik lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.8429/8461 daripada 2.8480/8522 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding euro kepada 4.6246/6293 daripada 4.6313/6376.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...