Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Tarif

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Tarif

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Livevartha) — Ringgit ditutup rendahberbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada Khamis, berikutan peniaga dan pelabur bimbang mengenaitarif yang akan dikenakan oleh kerajaan AS pada 2 April ini.

Pada6 petang, mata wang tempatan susutkepada 4.4300/4340 berbanding dolar AS daripada 4.4280/4315 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatamata wang negara ASEAN agak lemah berbanding dolar AS manakalayen Jepun susut 0.41 peratus kepada 150.53 bagi setiap dolar AS diikuti dolar Singapurayang turun0.28 peratuskepada S$1.3399 bagi setiap dolar AS.

Beliau berkata rupiah Indonesia pulamenjadi mata wang berprestasi terbaik, meningkat 0.20 peratus kepada 16,562 bagi setiap dolar AS yangmungkin didorong operasi BankIndonesia apabila mata wang itu mencecah paras terendah pada Isnin, paras yang pernah dicatatkan padaJun 1998.

Mohd Afzanizam berkata ringgit merupakan mata wang negaraASEAN kedua terbaik, meningkat 0.06 peratus kepada RM4.4335.

“Setakat ini, kebimbangan terdekatadalah terhadapsektor automotif memandangkan tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas negara pengeksport utama ke AS seperti Mexico, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Jerman,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannyaberbanding beberapamata wang utama.

Mata wang domestik naik berbanding euro kepada 4.7720/7763 daripada 4.7805/7842 ketika ditutup semalam, dan meningkat sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9351/9380 daripada 2.9498/9524.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...