Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 April (Livevartha) –Ringgit melantun semula berbanding dolar AS untuk ditutup pada paras tertingginya dalam tempoh lebih lima bulan susulan minat baharuberikutan perbincangan tarif yang menggalakkan antara Malaysia dan kerajaan AS.
Pada 6 petang, unitwang tempatan meningkat kepada 4.3615/3665 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.3705/3770 pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata ringgit mendapat rangsangan daripada keyakinan yang semakin meningkat berikutan permulaan yang baik dalam rundingan perdagangan antara AS-Malaysia baru-baru ini.
"Mata wang Malaysia mendapat sokongan selepas laporan bahawa rundingan perdagangan AS-Malaysia'bermula dengan cukup baik', dan perkembangan ini telahmenyokong persepsi pasaran dan meningkatkan sentimen terhadap ringgit hari ini," katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berpandanganringgit dijangka terus meningkat memandangkan perkembangan positif dalamrundingan tarif antara AS-Malaysia.
Selain itu, katanya, sidang khas parlimen yang dijadualkan pada 5 Mei depan untuk membincangkan isu berkaitan tarif menunjukkan bahawakerajaan Malaysia menangani cabaran ekonomi semasa secara proaktif.
“Ini, barangkali, telah merangsang keyakinanwalaupun tahap ketidakpastian masih lagi kekal tinggi,” katanya.
Pada sesi penutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.