Home Pasaran Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pasaran

Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan

Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR,14 Ogos(Livevartha) — Ringgit mengakhiri dagangan Rabu pada sekitar4.41 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), harga penutupan terbaik dalam tempoh 16 bulan, apabilaRizab Persekutuan AS (Fed) dilihat berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah pada September.

Pada6 petang, ringgit melonjakkepada 4.4170/4235berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.

Kadar penutupan tertinggi bagi mata wang tempatansebelum ini ialah 4.4160/4210 yang direkodkan pada 11 April, 2023.

Ringgit mencapai kadar itu hari ini apabila mencecah paras tertinggi harian 4.4160 pada pukul9.24pagi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS terkini adalah lebih rendah berbanding jangkaan iaitu2.2 peratus pada Julai berbanding anggaran konsensus 2.3 peratus.

Beliau berkata angka itu menunjukkan penurunan daripada2.7 peratus yang dicatatkan pada Jun, dan mengesahkan alirandisinflasi di AS bergerak dengan baik.

“Data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan lewat malam inisewajarnya menjejaki trajektori yang sama danmengukuhkan jangkaan bagi pelonggaranmonetari.

“Justeru, prospek perbezaan kadar faedah yang lebih rendah antara Kadar Dana Persekutuan dan Kadar Dasar Semalaman (Malaysia) akan meningkatkan daya tarikanaset ringgit dari sudut pandangan pelabur asing,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...