Home Pasaran Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan
Pasaran

Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan

Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Prestasi itu didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) melaksanakan penurunan seterusnya kadar faedah susulan pengumuman data inflasi terbaharu di negara maju itu.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan mengukuh pada 4.1210/1280 daripada 4.1230/1280 yang dicatat pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi BankMuamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan momentum kenaikan ringgit yang berterusan itu dipacu oleh jangkaan bahawa Feddi landasan untuk terus mengurangkan kadar faedah berikutan trajektori inflasi yang lebih rendah di AS.

“Ringgit terus mengekalkan kecenderungan pengukuhannyaberbanding dolar AS hari ini, malah mencecah paras 4.09 pada sesi awal yangkali terakhir dicatat pada April 2021 (tertinggi dalam tempoh 41 bulan), sebelum ke paras 4.12 pada sesi seterusnya hari ini," katanya kepada Livevartha.

Mekanisme pengukur utama Fed — Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi meningkat 2.2 peratus pada Ogos yang lebih rendah daripada jangkaan awal, sebagaimana diumumkan pada Jumaat lepas.

Dalam senario ketegangan geopolitik susulan pembunuhan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallahpada Jumaat, Mohd Afzanizan berkata ringgit sebaliknya dilihatterus lancar meredah cabaran luaran.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes juga berkongsi sentimen sama apabila berkatatrajektori ringgit secara menyeluruh kekal positif berikutan langkah rangsangan China yang dapat meredakan kebimbangan pertumbuhan global dan meningkatkan sektor eksport Malaysia.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...