Home Pasaran Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global
Pasaran

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Mac(Livevartha) — Ketidaktentuan luaran yang terus ketara tidak mengekang prestasi ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu.

Pada6 petang, unit tempatan itu meningkat kepada 4.4280/4315 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.4355/4390.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada sesi pagi,ringgitmeningkat kepada RM4.4235 berbanding dolar AS namun susut sedikit dalam sesi petang kepada RM4.4310 yang juga peningkatan 0.14 peratus berbandingsemalam.

“Di sebalik kekangan dalam bentuk ketidaktentuan ketara, ringgit dilihat sebagai mata wang ketiga berprestasi terbaik setakat ini dengan mencatat pengukuhan satu peratus sejak awal tahun.

“Ini menunjukkan peniaga dan pelabur masih mempunyai pandangan konstruktif terhadap prospek ekonomi Malaysia,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata yen Jepun muncul sebagaimata wang berprestasi terbaik di Asia susulan jangkaan Bank of Japan menaikkan kadar dasar berikutan prospek inflasi lebih tinggi di masa depan.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuhberbanding kumpulan mata wang utama, termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.7805/7842 daripada 4.7908/7946 semalam.

Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.7161/7206 daripada 5.7351/7396 namun turun sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9498/9524 daripada 2.9480/9503.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...