Home Pasaran Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kebimbangan Terhadap Dasar Fiskal AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kebimbangan Terhadap Dasar Fiskal AS

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kebimbangan Terhadap Dasar Fiskal AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama serta serantau pada Jumaat berikutan dolar AS kekal lemah di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap dasar fiskal AS.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.2285/2345 berbanding dolar AS daripada 4.2705/2765 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata tindakanDewan Perwakilan AS meluluskanrang undang-undang cukai dan perbelanjaan yang menyeluruh telah menyebabkan kebimbangan terhadap prospek kredit AS.

“Ini sepadan pula dengan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS oleh Moody’s Ratings baru-baru ini,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama ketika ditutup.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7072/7153 daripada 5.7212/7292 semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.7985/8053 daripada 4.8218/8286dan menokokberbanding yen Jepun kepada 2.9502/9546 daripada 2.9768/9812.

Mata wang tempatan itu turut diniagakan tinggi berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2891/2940 daripada 3.3061/3110 semalam, mengukuhberbanding baht Thailand kepada 12.9744/13.0012 daripada 13.0000/0254dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.66 daripada 7.68/7.69.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...