Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaanbahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkankadar faedahnya.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4300/4360 berbanding dolar AS daripada4.4310/4385 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah seperti jualan runcit yang lebih rendah dan kemerosotan sentimen penggunamenunjukkan kemungkinan besar Fed akan mengekalkanpenurunan kadar faedahnya.
AS mencatatkanangka terkinijualan runcit yang lebih rendah daripada jangkaan, jatuh 0.9 peratus bulan ke bulan padaJanuari berbanding unjuranpenurunan 0.1 peratus.
Berikutan itu, katanya, ringgit secara amnya lebih kukuh berbanding dolar AS sepanjanghari dagangan, mencecah paras setinggi 4.4250 pada sesi pagi sebelum mereda kemudiannya.
“Ringgit nampaknya mencuba untuk melepasi paras sokongan segera pada RM4.43, dan ia berjaya melakukannya beberapa kali dalam tempoh dagangan hari ini,” katanya kepada Livevartha.
Justeru, pasaran akan memantau rapat minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan dikeluarkan pada Khamis yang dijangka menerangkan lebih lanjut perbincangan mengenai pelonggaran monetari bagi tahun ini.
“(Ini) serta perkembangan positif kedudukan fiskal kerajaan Malaysia tahun lepas, yang lebih baik daripada jangkaan, membayangkan kecenderunganterhadap penyatuan fiskal.