Home Pasaran Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Tarif AS

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 April (Livevartha) – Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah ketidaktentuantarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit ditutup tinggi kepada4.4335/4400 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4400/4460 pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun kadar tarif yang dikenakan ke atas Malaysia adalah tinggi pada 24 peratus namun masih adaruang untuk perbincangan.

“Justeru, kemungkinan untuk Malaysia dan negara lain memuktamadkan perjanjian yang lebih baik dengan AS adalah tidak mustahil,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun minggu yang huru-hara, namun ringgit tidak terjejas, dan ini mungkin satu kejutan bagi ramai orang.

“Dalam pasaran yang manadolar AS tidak lagi menawarkan jaminan selamat, kadangkala mengekalkan dana tempatan di dalam negara, disokong oleh bank pusat yang boleh diyakiniseperti Bank Negara Malaysia, sebenarnya menawarkan risiko ketidaktentuan yanglebih rendah,” katanya.

Namun, Innes berkata terdapat petanda amaran awal yang perlu diberi perhatian.

"Data yang perlu dipantau adalahsenarai gaji AS pada malam ini. Jika data gaji bukan ladang lebih rendah,ia boleh mempercepatkan penurunankadar faedah Rizab Persekutuan AS dan dolar kekal rendah.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...