Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar RM4.22 hingga RM4.23 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan dikeluarkan pada minggu depan sepertiIndeks Harga Pengguna AS (CPI)dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) untuk Mei yang akan menentukan pergerakan pasaran.
"Walaupun data tersebut mungkin menunjukkan penurunan dalam kadar inflasi, Rizab Persekutuan AS dijangka akan lebih berwaspada kerana ia sedar potensi tekanan inflasi yang akan timbul daripada gelombang tarif.
"Tambahan pula, respons dari tinjauan Indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS menunjukkan bahawa perniagaan telah menjadi lebih pesimis berikutan kenaikan tarif yang telah menjejaskan rantaian bekalan dan mengakibatkan kos operasi yang lebih tinggi," katanya kepada Livevartha.
Ringgit mengakhiri minggu ini lebih tinggi berbanding dolar US, ditutup pada paras 4.2270/2360 daripada 4.2530/2605 yang disaksikan pada minggu sebelumnya.
Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih mantap berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada2.9324/9390 daripada 2.9531/9585 dan menokok berbanding pound British kepada5.7212/7334 daripada 5.7284/7385.
Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.8268/8371 daripada 4.8169/8254 yang dicatatkan pada akhir minggu lepas.