Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur diniagakan dalaam jajaran kecil minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap kebimbangan inflasi global ketika ini, kata penganalisis.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka bergerak dalam jajaran 4.22 hingga 4.24 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata pasaran akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang dijadualkan pada 17-18 Jun.

“Tumpuan itu membabitkan unjuran sukuan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed), khususnya prospek mengenai Kadar Dana Persekutuan bagi tempoh berbaki tahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata selain Fed, beberapa bank pusat lain juga dijadual bermesyuarat minggu depan, termasuk Bank of England, Bank of Japan, People's Bank of China manakala di peringkat ASEAN melibatkan Bank of Indonesia dan Bangko Sentral ng Pilipinas.

Secara umumnya, beliau berkata kadar faedah global lebih terarah kepada penurunan ketika prospek pertumbuhan menjadi lebih mencabar susulan kejutan berkaitan tarif.

Pada masa sama, seranganIsrael ke atas kemudahan nuklear Iran pada awal semalam telah menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak mentahBrent ke paras tertinggi US$78.22 setong sebelum turun kepada sekitar US$73.56 setong.

Indeks Dolar AS pula menokok sebanyak 0.31 peratus kepada 98.228 mata.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...