Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April(Livevartha) — Ringgit diunjurdiniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan pasaran yang tidak menentu akibatkejutan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka berterusan, mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatandefensif.

“Saya berpandangan peserta pasaran akan mencari lebih banyak petunjuk seperti sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan dasar monetari melebihi penurunansetengah mata seperti yang dinyatakandalam unjuran Mac mereka.

"Justeru itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac akan dipantau rapatpada Khamis ini. Ketika ini paras sokongan dan rintangan semasa berada pada 4.3634 dan 4.4463 bagi ringgit-dolar AS," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, pengarah urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan ringgitbergerak antara jajaran 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan.

Beliau berkata tekanan deflasi China akan menjadi perhatian dengan tumpuan kepadapengumuman IHPdan Indeks Harga Pengeluar (PPI) tidak lama lagi.

“Jika angka itu mengesahkan permintaan domestik yang lembap, iaboleh menjejaskan sentimen risiko serantau dan menularkepada ringgit.

"Saya juga akan memantau rapat perkembanganBank of Japan yang dijangka bertahan. Tetapi jika ia memberi reaksi negatif kepada tinjauan global, kesannya boleh menular ke seluruh Asia.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...