Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Mei(Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu hadapan apabila para pelabur memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari dalam negara dan dari Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata semua pihak akan memberi tumpuan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM), yang kedua-duanya dijadualkan berlangsung minggu hadapan, bagi menilai sentimen pasaran dalam keadaan ketidaktentuan yang berterusan.
“Kami merasakan Rizab Persekutuan ASmungkin cenderung untuk mengurangkan kadar dasarnya memandangkan ketidaktentuan akibat kejutan tarif telah memberikan tekanan besarkepada sentimen perniagaan dan pengguna.
“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal berhati-hati kerana peniaga dan pelabur akan menilai kemungkinan tindak balas dasar daripada pihak berkuasa monetari pada minggu hadapan,” katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan ringgit diniagakandalam julat 4.30-4.35 berbanding dolar AS pada minggu hadapan, dengan pasaran kekal berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan dinamiktarif yang berubah.
“Rundingan perdagangankhususnya antara AS dan China, akan terus menjadi faktor utama yang mempengaruhi dolar AS. Di dalam negara, BNM dijangka mengekalkan pendiriannya, namun sebarang semakan penurunan terhadap prospekpertumbuhan Malaysia mungkin akan menarik perhatian,” katanya.
Bank pelaburan itu turut menyatakanhasil positif daripada sidang khas Parlimen pada 5 Mei juga berpotensi memberikan sokongan tambahan kepada mata wang tempatan.
Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan lebih kukuh berbanding dolar AS, ditutup kepada 4.2560/2600 daripada4.3705/3770 pada minggu sebelumnya.