Home Pasaran Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan

Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha) — Ringgitdijangka didagangkan dalam julat 4.42hingga 4.45berbanding dolar USminggu depandengan turun naik jangka pendek bergantung kepada dinamik pasaran yang lebih luas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata trajektori ringgit akan dibentuk oleh faktor luaran khususnya dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS), prospek ekonomi China dan sentimen risiko global.

“AS dijadualmelaksanakan tarif timbal balik pada 2 April depan, ketidaktentuan berterusan dan sebarang kemerosotan dalam selera risiko boleh mendorong aliran masuk ke aset selamat seperti dolar US yang berpotensi mengehadkan keuntungan ringgit selanjutnya,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata harga minyak yang lebih tinggi, disokong oleh sekatan AS ke atas eksport minyak mentah Iran dan penurunanpengeluaran OPEC+, boleh menyebabkanboleh menjejaskanringgit, memandangkan status Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih.

Selain itu, pemulihan berterusan dalam ekonomi China boleh meningkatkan sentimen serantau dan sektor eksport Malaysia seterusnya menyokong mata wang itu.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar US kepada 4.4180/4220daripada 4.4410/4555minggu lepas.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan tinggiberbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada2.9574/9602 daripada2.9809/9842 minggu lepas, naik berbanding pound Britain kepada5.7151/7203 daripada 5.7404/7463 dan menokok berbanding euro kepada4.7843/7886 daripada4.8194/8243 sebelum itu.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus...